Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

SINOPSIS CERITA SOSIAL 3


Cerita sosial 3 in telah menceritakan tentang sebuah keluarga Alim merupakan sebuah keluarga yang penyayang. alim merupakan kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Kesemua adik beradik amat suka dalam menolong ibu bapanya membuat kerja rumah setiap hari termasuk Alim. Ibu dan bapa Alim selalu memuji Alim supaya Alim lebih suka untuk menolong mereka. Alim belajar menyapu sampah daripada Abang Imran dan Kak madinah. Alim pernah gagal dalam menyapu rumah dan dia tinggal sahaja penyapu di tengah-tengah rumah. Namun, ibu datang kepadanya lalu memujuk Alim untuk menyiapkan kerja tersebut. Ibu sering melatih Alim menyapu rumah supaya Alim menjadi mahir dan dapat mengingati cara kerja itu dilakukan. Akhirnya, Alim berjaya dalam melakukan kerja tersebut. Hari demi hari Alim cuba memahami kerja rumah. Dia cuba menolong keluarganya dalam membuat kerja rumah. Alim sayang dan rindu akan keluargnya, lalu semua ahli keluarga Alim juga elah mengungkapkan kata sayang dan rindu kepada Alim secara serentak.

3 nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 3:
- Penyayang
- Ringan Tulang
- Tidak mudah putus asaa






Berdasarkan cerita sosial 3, terdapat tiga nilai yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan. Antaranya ialah nilai penyayang. Dalam cerita sosial 3, Alim menyatakan keluarganya sebuah keluarga yang sangat penyayang. Hai ini demikian kerana, walaupun Alim seorang kanak-kanak istimewa, mereka sayang akan Alim. Selain itu, nilai ringan tulang. Alim seorang yang ringan tulang kerana dia rajin dalam menolong abang, kakak, ibu dan bapanya mengemas rumah. Alim juga selalu menolong ibu mengutip mainan yang bertaburan. Aisyah selalu terlupa untuk mengemas kembali setelah habis main. Dalam hal ini, jelaslah terdapat nilai ringan tulang. Hal ini kerana, Alim rajin dalam membantu sesiapa pun di dalam rumahnya itu. Akhir sekali, nilai tidak mudah putus asa. Nilai ini telah ditunjukkan oleh Alim yang sentiasa belajar untuk menyapu rumah dengan kakanya. Alim tidak pernah berputus asa untuk menyapu setiap hari sehingga dia berjaya menghabiskan kerja menyapu di dalam rumahnya. 


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara


No comments:

Post a Comment