Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum semua, hari ini kami diarahkan untuk membuat beberapa tugasan salah satunya adalah kepentingan asas grafik.


Kepentingan Asas Grafik

Asas grafik mempunyai banyak kepentingannya dalam penghasilan foto yang berkualiti. Antara kepentingan asas grafiknya adalah:

1. Menarik
- Asas grafik sangat penting untuk memudahkan masyarakat memahami mesej yang cuba disampaikan. Foto yang dihasilkan menggunakan asas grafik akan menghasilkan  foto yang menarik dan meninggalkan kesan yang baik kepada mereka yang melihatnya.

2. Mudah difahami
- Asas grafik yang mudah difahami juga penting dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Mereka mampu memahami apa yang cuba disampaikan dengan mudah tanpa rasa ragu-ragu dan keliru.

3. Mesej
- Mesej juga penting dalam asas grafik. Setiap asas grafik perlunya ada mesej dan mesej tersebut boleh meninggalkan kesan kepada si pembaca.

4. Ketara
- Ketara bermaksud foto atau video yang dipaparkan akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah begitu ketara  untuk mereka meneka apa yang cuba disampaikan.

5. Promosi
- Asas grafik promosi penting untuk mempromosikan barangan atau apa sahaja mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat. promosi akan berjaya jika diterapkandalam foto ataupun video.









Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia



No comments:

Post a Comment