Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021

Assalamualaikum semua, hari ini saya nak terangkan tentang proses membuat kalendar mengikut citarasa sendiri. Terdapat beberapa cara yang perlu diikuti sekiranya berminat. Sila ikuti prosesnya di bawah:


  1. Perlu download Adobe Photoshop (tak kisah version berapa pon)
  2. Perlu sign up dan beli aplikasi tersebut.
  3. Bila selesai semua, dah boleh mula membuat kalendar..
  4. Pertama sekali bolehlah buka photoshop pastu sila tekan "create new" untuk mendapatkan canvas warna putih dan pilihlah background yang anda suka.
  5. Pilih "open" untuk uploadkan gambar tersebut.
  6. Pastu buka mangga dan perlu "drag" gambar yang anda pilih tadi ke dalam canvas putih.
  7. Setelah dah ada background pada canvas putih tu, bole tekan "Ctrl" "T" untuk edit gambar tu jadi penuh pada canvas putih.
  8. Haa lepas tu, bolehlah masukkan kalendar mengikut bulan dan caranya masih sama seperti kita masukkan background tadi.
  9. Lepas tu, bolehlah kita masukkan apa sahaja gambar atau kata-kata hikmah untuk mencantik kalendar tersebut mengikut citarasa sendiri.
  10. Setelah siap semuanya, untuk simpan bolehlah pergi ke "file" dan cari "save as".. kemudian tunggu siap peratusan mencapai 100%
  11. Maka siapplah kalendar tersebut, dan boleh ulang cara yang sama untuk membuat kalendar yang seterusnya.
Sejujurnya, saya merasakan agak tertekan pada mulanya sebab apps photoshop ini agak berat dan membuatkan laptop saya menjadi "hang" .. tapi percayalah setelah anda mengetahui cara yang betul untuk membuatnya, saya yakin anda semua pasti gembira dengannya kerana pada masa yang sama ini juga dapat melatih atau merangsang bakat kreativiti tersendiri.. apa yang penting sekali "Jangan berputus asa untuk terus mencuba"..



















Monday, June 15, 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Antara perbezaan kajian Facebook dan Twitter ialah:

  1. Responden menggunakan Facebook untuk membincangkan tugasan akademik  manakala Twitter pula tempat untuk melatih kecekapan berkomunikasi dan kebudayaan.
  2. Twitter mempunyai potensi dalam aktiviti membaca selepas kelas manakala Facebook dapat menunjukkan hasil positif dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.
  3. Twitter dapat membantu dalam mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat diperoleh manakala Facebook pula dapat mendedahkan bahawa keyakinan, motivasi dan sikap pelajar bertambah baik dan nyata.
  4. Facebook dapat membantu guru mencapai perubahan strategi, mentaliti dan sikap manakala  Twitter pula dapat membuktikan bahawa pelajar lebih aktif dalam kolej ketika melibatkan diri dalam penggunaan Twitter.
  5. Twitter dalam menggubah cara pembelajaran mereka dan membantu dalam proses pembelajaran manakala Facebook dapat mencungkil kemahiran pelajar dalam berkomunikasi.


Rujukan: 

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1






Pada pendapat saya, logo ini adalah mengisahkan tentang sebuah keluarga. Seperti mana yang kita tahu, ibu bapa haruslah dihormati dan disayangi. Selain itu, kita sebagai anak mestilah menghargai jasa mereka dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Mereklah yang akan sentiasa bersama kita disaat berada dalam keadaan susah atau senang.


KELUARGA [1] 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa  saya memerlukan mereka



RUJUKAN: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Terengganu Malaysia. Hakcipta Terpelihara.



BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum semua, hari ni kami diminta untuk membuat nota secara ringkas dalam bentuk peta minda mengenai watak dan perwatakan.








Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Thursday, June 11, 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI

Assalamualaikum semua, seterunya tugasan terakhir pada hari ini ialah kami diminta untuk melakukan beberapa aktiviti dalam  bab 8 yang terdapat dalam buku Media Sosial.












Rujukan:

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5 

Assalamualaikum semua, hari ni kami diminta untuk menghuraikan pendapat mengenai nilai yang telah diperolehi daripada cerita sosial 5 ini. Antara nilai yang terkandung dalam cerita ini ialah:

1) Rajin
2) Pemurah
3) Baik hati






Berdasarkan cerita sosial 5, terdapat tiga nilai yang dapat dijadikan contoh dalam kehidupan. Antaranya ialah nilai rajin, kerana setiap hari Alim akan menyusun dan mengemas buku-bukunya dan alim juga rajin membaca buku pada waktu petang dan malam. Selain itu, nilai pemurah telah dijumpai dalam cerita sosial 5 apabila Alim suka berkongsi buku cerita yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang dan kakaknya dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Sulaiman juga merupakan rakan di sekolah kerana Sulaiman dan Alim mempunyai umur yang sama iaitu 9 tahun serta bersekolah di tempat yang sama. Akhirnya, nilai baik hati yang telah dimiliki oleh Sulaiman, kerana Sulaiman juga sering berkongsi coklat yang dibelinya bersama Alim. Oleh itu, kita juga dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang terdapat pada cerita sosial 5 dalam kehidupan seharian.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara.

BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum semua, hari ini kami diminta untuk membuat nota ringkas berbentuk gambar mengenai tajuk animasi, drama dan filem dari buku multimedia dalam bahasa.








Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.