Thursday, June 11, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5 

Assalamualaikum semua, hari ni kami diminta untuk menghuraikan pendapat mengenai nilai yang telah diperolehi daripada cerita sosial 5 ini. Antara nilai yang terkandung dalam cerita ini ialah:

1) Rajin
2) Pemurah
3) Baik hati






Berdasarkan cerita sosial 5, terdapat tiga nilai yang dapat dijadikan contoh dalam kehidupan. Antaranya ialah nilai rajin, kerana setiap hari Alim akan menyusun dan mengemas buku-bukunya dan alim juga rajin membaca buku pada waktu petang dan malam. Selain itu, nilai pemurah telah dijumpai dalam cerita sosial 5 apabila Alim suka berkongsi buku cerita yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang dan kakaknya dengan jiran sebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Sulaiman juga merupakan rakan di sekolah kerana Sulaiman dan Alim mempunyai umur yang sama iaitu 9 tahun serta bersekolah di tempat yang sama. Akhirnya, nilai baik hati yang telah dimiliki oleh Sulaiman, kerana Sulaiman juga sering berkongsi coklat yang dibelinya bersama Alim. Oleh itu, kita juga dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang terdapat pada cerita sosial 5 dalam kehidupan seharian.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara.

No comments:

Post a Comment