Thursday, June 4, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

CERITA SOSIAL 4 



Assalamualaikum semua, hari ni kami diminta untuk menulis nilai yang terkandung dalam cerita sosial 4 ini. terdapat beberapa nilai baik yang dilakukan oleh Alim dalam cerita. Antara nilai yang terdapat dalam cerita ini adalah:

1) Berdikari
2) Hormat- menghormati
3) Pemurah Hati






Berdasarkan cerita sosial 4, terdapat tiga nilai yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan. Antaranya ialah nilai berdikari. Dalam cerita ini, semakin hari Alim semakin pandai untuk berdikari kerana dia udah pandai memakai baju dan kasut sendiri, Alim tidak lupa untuk bersalaman dengan ibu dan kakak abangnya sebelum dia pegi ke sekolah. Seterusnya, Alim telah menunjukkan nilai hormat-menghormati, hal ini kerana Alim telah diajar oleh Cikgu nis tentang menghormati orang tua dan mengajar supaya Alim tunjuk ketika berjalan dihadapan orang tua dan Cikgu anis juga telah mengajar Alim untuk memberi atau mengucapkan selamat pagi kepada guru-guru dan rakan-rakan. Akhir sekali, nilai pemurah kerana Alim telah memberikan kek cawan kepada rakan-rakan sera Cikgu Anis sempena hari jadinya.




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara.

No comments:

Post a Comment