Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: GAMBAR KESELURUHAN

MEDIA SOSIAL 

Assalamualaikum semua, hari ini saya akan kongsikan tentang pengetahuan media sosial bagi mereka yang masih kurang jelas mengenainya. Jadi saya akan menjelaskan tentang manfaat atau pun kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian kita. Selain itu juga, saya akan ongsikan tentang dua aplikasi media sosial yang juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Bagi penerangan yang lebih jelas, diminta untuk lihat foto dibawah ya..






BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

CERITA SOSIAL 2 

Assalamualaikum semua, hari ini saya ingin kongsikan sebuah cerita sosial yang terdapat dalam buku kajian Wacana hasil buku Normaliza Abd Rahim. Cerita ini bertajuk Cerita Sosial 2 : Aku yang Istimewa. Cerita ini telah mengandungi banyak nilai-nilai yang dapat kita contohi. Oleh itu, saya amat senang hati untuk berkongsi cerita ini supaya kita semua dapat jadikan sebagai pengajaran.


Saya yang Istimewa

Dalam Cerita Sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa, terdapat beberapa nilai yang dapat saya jadikan contoh selepas saya membaca cerita tersebut. Nilai-nilai ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada saya dan juga rakan-rakan. Nilai yang pertama ialah baik hati. Bagi mereka yang sudah membacanya, nilai baik hati dalam cerita ini telah dibawa oleh watak Alim yang merupakan seorang yang sangat baik. Buktinya, Alim sentiasa meningati orang di sekelilingnya kerana semasa ayahnya membawa pulang buah-buahan yang banyak, Alim tidak lupa untuk berkongsi rezekinya kedapa jirannya iaitu Sulaiman.

Seterusnya, nilai yang kedau ialah nilai tolong-menolong. Dalam Cerita Sosial 2 ini juga telah membawa watak seorang yang suka menolong orang. Sebagai contohnya, Alim sering menolong keluarganya dalam melakukan kerja-kerja rumah. Alim juga sering menolong abangnya Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Malah, Alim juga telah membawa sampah kulit buah-buahan yang baru sahaja mereka makan untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di hadapan rumahnya.

Nilai yang terakhir adalah nilai mengambil berat. Alim seorang budak yang mempunyai sikap matang kerana semasa Alim teserempak dengan ibu Sulaiman ketika membuang sampah di hadapan rumah, ibu Sulaiman atau dikenali sebagai mak cik  timah sempat menegurnya dengan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim telah memberikan respon yang sangat baik. Dengan menunjukkan sikapnya yang mengambil berat, dia bertanya kepada mak cik Timah mengapa dia bersedih. Seterusnya mak cik Timah menjawab bahawa dia tidak bersedih malah dia terharu dengan sikap Alim yang sangat baik terhadap Sulaiman anaknya.




Melalui cerita ini, terdapat banyak nilai yang saya rasa boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan. Nilai baik hati seharusnya hadir dalam diri setiap manusia supaya semua orang yang mengenali kita akan berasa senang hati . Seterusnya nilai yang kedua ialah nilai tolong menolong. Tidak kira siapa sahaja bagi mereka yang memerlukan pertolongan kita seharusnya membantu mereka. Manakala, nilai terakhir yang diperolehi daripada cerita ini adalah nilai mengambil berat, kerana sikap ini penting bagi saya supaya kita lebih sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Jangan mudah untuk kita mengabaikan sesuatu yang berlaku dan kepada orang yang sedang memerlukan pertolongan. 




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

BBM3410Satu2020: RULES OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

RULES OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 


Assalamualaikum, pada hari ini kami sebagai pelajar yang mengambil subjek Multimedia telah diarahkan oleh ProfDrN untuk melaksanakan kerja amali Multimedia. Kami telah diarahkan untuk menjelaskan tentang bagaimana penggunaan asas fotografi Rule of Third di dalam gambar swafoto. Kami juga telah diminta untuk membuat posting di Facebook untuk berkongsi dengan rakan-rakan.

Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai asas fotografi swafoto, saya percaya bahawa mereka yang gemar akan selfie semestinya mereka meninginkan gambar selfie yang cantik dan bersesuaian. Jadi, mereka semua perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan gambar swafoto yang cantik dan kelihatan menarik.

Okay baiklah, saya akan teruskan dengan apa itu Rules of Third. Rules of Third ini merupakan teknik fotografik yang penting dan ianya akan digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Rules of Third ini juga boleh diaplikasikan semasa mengambil gambar jenis swafoto. Antara tips atau langkah yang boleh digunakan adalah dengan cara seseorang perlu mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik pada bingkai imej. Maksudnya, semasa sedang mengambil gambar  swafoto, mungkin seseorang itu boleh meletakkan posisinya pada empat bahagian grid yang terdapat dalam bingkai tersebut. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan sesuai pada bahagian grid sehingga ia dapat menunjukkan keseimbangan foto yang berkualiti.

Bagi mereka yang tidak mengetahui grid Rules of Third, mereka boleh lihat di dalam gamar di bawah yang mana merupakan grid bagi mendapatkan gambar swafoto yang cantik dan menarik. Setahu saya, semua smartphone pada hari ini telah mempunyai grid Rules of Third, oleh itu kalian dapatah untuk mempraktikkan grid  tersebut supaya dapat menghasilkan gambar swafoto yang menepati ciri-cirinya.







Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN & LEVINSON (1987) & CERITA SOSIAL 2

BAHAGIAN A: Strategi Kesopanan 


NURUL NAJAH BINTI RAMLI (199844) 


STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record                                          Kesopanan Positif
Contoh:                                                       Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Bersedia!                                                    Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Dengar sini….                                            Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak
Berikan saya bakul besar itu.                     Keberatan.
 Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Negatif                                  Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,     Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
mungkin!                                                     Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih itu.       Cantik baju kamu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
Dibenarkan.
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara




BAHAGIAN B: Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa 


Cerita saya yang istimewa ini telah mengisahkan tentang serang budak lelaki yang bernama Alim. Alim telah hidup dengan jiran tetangga yang sangat peramah dan baik di sekitar rumahnya. Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani. Kesemua ahli keluarga Alim amat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis dan sebangainya. Setelah itu Alim telah meminta izin dengan ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman yang merupakan jiran tetangga di sekitar rumahnya di samping merangkap kawan baiknya. Ibu dan bapa Alim sangat gembira dengan sikap Alim yang suka berkongsi dengan rezeki yang ada. Setelah itu, Alim terus memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal di luar rumah. Setelah selesai makan, Alim telah menolong keluarganya mengemas rumah, semasa Alim sedang membuang sampah ke dalam tong sampah, dia telah terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Akhirnya, Mak Cik Timah telah mengucapkan ucapan terima kasih kepada Alim diatas pemberian buah-buahan tersebut.






Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

BBM3410Satu2020: TEKNIK FOTOGRAFI

BAHAGIAN A: Jenis-jenis Shot 




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara




BAHAGIAN B: Kepentingan "Rules of Third" 

“Rule of Third” adalah teknik fotografi yang sangat penting.  Rule of Third juga merupakan komposisi gambar yang telah dibahagikan kepada 9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan tegak dan 2 garisan melintang  dan yang paling penting adalah elemen subjek mesti berada di sepanjang garisan ataupun titik pertemuan. Kepentingan rule of third ini akan digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dn keseimbangan imej dalam fotografi. Rule of Third juga terkenal di setiap jenis fotografi dimana prinsip ini menyatakan bahawa untuk melakukan hal ini harus menempatkan elemen terpenting pada tampilan foto tersebut, dengan cara ini akan menambahkan keseimbangan dalam foto. Dengan menggunakan teknik ini gambar akan menghasilkan lebih tenaga dan daya penarik berbanding dengan subjek yang berada di tengah. Nisbah bagi kawasannya ialah 1:2 atau 2:1. Teknik ini sksn mengambil sedikit masa untuk memikirkan komposisi subjek dan latar belakang, namun rule of third ini adalah teknik yang lebih baik dan mudah digunakan berbanding menghabiskan masa untuk mengedit gambar tersebut. Selain itu, rule of third juga digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titi ketika membingkai imej, ini kerana akan memberikan empat ‘garis’ yang juga berguna untuk elemen dan foto. Rule of thirds tidak digunakan dalam setiap situasi, dan kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih menarik dan jelas.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara

Sunday, April 26, 2020

BBM3410Satu2020: TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA



ASHIAAAP PRODUCTION 

1. Awadah binti Mohamad (195903)
2. Nurul Nabila binti Jaffar (197296)
3. Siti Zahiriah binti Rashid (197689)
4. Azurah binti Amilkasan (198231)
5. Nur Emy Nadira binti Rosli (199780)
6. Siti Nur Athirah binti Roslan (199801)
7. Nurul Najah binti Ramli (199844)
8. Nur Hafizah binti Mohamed (199851)
9. Nur Aireena Nasrin binti Remizan (199904)
10. Nurul Asmaa binti Abd Kadir (199905)
11. Nur Aziemah binti Jasman (199909)


Bab 1: Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu



Bab 2: Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi



Markah Tugasan Minggu 7: ppt Multimedia




Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia. Hakcipta Terpelihara