Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: RULES OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

RULES OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 


Assalamualaikum, pada hari ini kami sebagai pelajar yang mengambil subjek Multimedia telah diarahkan oleh ProfDrN untuk melaksanakan kerja amali Multimedia. Kami telah diarahkan untuk menjelaskan tentang bagaimana penggunaan asas fotografi Rule of Third di dalam gambar swafoto. Kami juga telah diminta untuk membuat posting di Facebook untuk berkongsi dengan rakan-rakan.

Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai asas fotografi swafoto, saya percaya bahawa mereka yang gemar akan selfie semestinya mereka meninginkan gambar selfie yang cantik dan bersesuaian. Jadi, mereka semua perlu tahu bagaimana untuk mendapatkan gambar swafoto yang cantik dan kelihatan menarik.

Okay baiklah, saya akan teruskan dengan apa itu Rules of Third. Rules of Third ini merupakan teknik fotografik yang penting dan ianya akan digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Rules of Third ini juga boleh diaplikasikan semasa mengambil gambar jenis swafoto. Antara tips atau langkah yang boleh digunakan adalah dengan cara seseorang perlu mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik pada bingkai imej. Maksudnya, semasa sedang mengambil gambar  swafoto, mungkin seseorang itu boleh meletakkan posisinya pada empat bahagian grid yang terdapat dalam bingkai tersebut. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan sesuai pada bahagian grid sehingga ia dapat menunjukkan keseimbangan foto yang berkualiti.

Bagi mereka yang tidak mengetahui grid Rules of Third, mereka boleh lihat di dalam gamar di bawah yang mana merupakan grid bagi mendapatkan gambar swafoto yang cantik dan menarik. Setahu saya, semua smartphone pada hari ini telah mempunyai grid Rules of Third, oleh itu kalian dapatah untuk mempraktikkan grid  tersebut supaya dapat menghasilkan gambar swafoto yang menepati ciri-cirinya.







Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment