Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

CERITA SOSIAL 2 

Assalamualaikum semua, hari ini saya ingin kongsikan sebuah cerita sosial yang terdapat dalam buku kajian Wacana hasil buku Normaliza Abd Rahim. Cerita ini bertajuk Cerita Sosial 2 : Aku yang Istimewa. Cerita ini telah mengandungi banyak nilai-nilai yang dapat kita contohi. Oleh itu, saya amat senang hati untuk berkongsi cerita ini supaya kita semua dapat jadikan sebagai pengajaran.


Saya yang Istimewa

Dalam Cerita Sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa, terdapat beberapa nilai yang dapat saya jadikan contoh selepas saya membaca cerita tersebut. Nilai-nilai ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada saya dan juga rakan-rakan. Nilai yang pertama ialah baik hati. Bagi mereka yang sudah membacanya, nilai baik hati dalam cerita ini telah dibawa oleh watak Alim yang merupakan seorang yang sangat baik. Buktinya, Alim sentiasa meningati orang di sekelilingnya kerana semasa ayahnya membawa pulang buah-buahan yang banyak, Alim tidak lupa untuk berkongsi rezekinya kedapa jirannya iaitu Sulaiman.

Seterusnya, nilai yang kedau ialah nilai tolong-menolong. Dalam Cerita Sosial 2 ini juga telah membawa watak seorang yang suka menolong orang. Sebagai contohnya, Alim sering menolong keluarganya dalam melakukan kerja-kerja rumah. Alim juga sering menolong abangnya Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Malah, Alim juga telah membawa sampah kulit buah-buahan yang baru sahaja mereka makan untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di hadapan rumahnya.

Nilai yang terakhir adalah nilai mengambil berat. Alim seorang budak yang mempunyai sikap matang kerana semasa Alim teserempak dengan ibu Sulaiman ketika membuang sampah di hadapan rumah, ibu Sulaiman atau dikenali sebagai mak cik  timah sempat menegurnya dengan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim telah memberikan respon yang sangat baik. Dengan menunjukkan sikapnya yang mengambil berat, dia bertanya kepada mak cik Timah mengapa dia bersedih. Seterusnya mak cik Timah menjawab bahawa dia tidak bersedih malah dia terharu dengan sikap Alim yang sangat baik terhadap Sulaiman anaknya.




Melalui cerita ini, terdapat banyak nilai yang saya rasa boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan. Nilai baik hati seharusnya hadir dalam diri setiap manusia supaya semua orang yang mengenali kita akan berasa senang hati . Seterusnya nilai yang kedua ialah nilai tolong menolong. Tidak kira siapa sahaja bagi mereka yang memerlukan pertolongan kita seharusnya membantu mereka. Manakala, nilai terakhir yang diperolehi daripada cerita ini adalah nilai mengambil berat, kerana sikap ini penting bagi saya supaya kita lebih sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Jangan mudah untuk kita mengabaikan sesuatu yang berlaku dan kepada orang yang sedang memerlukan pertolongan. 




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment