Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN & LEVINSON (1987) & CERITA SOSIAL 2

BAHAGIAN A: Strategi Kesopanan 


NURUL NAJAH BINTI RAMLI (199844) 


STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record                                          Kesopanan Positif
Contoh:                                                       Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Bersedia!                                                    Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Dengar sini….                                            Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak
Berikan saya bakul besar itu.                     Keberatan.
 Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Negatif                                  Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,     Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
mungkin!                                                     Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih itu.       Cantik baju kamu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak
Dibenarkan.
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara




BAHAGIAN B: Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa 


Cerita saya yang istimewa ini telah mengisahkan tentang serang budak lelaki yang bernama Alim. Alim telah hidup dengan jiran tetangga yang sangat peramah dan baik di sekitar rumahnya. Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani. Kesemua ahli keluarga Alim amat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis dan sebangainya. Setelah itu Alim telah meminta izin dengan ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman yang merupakan jiran tetangga di sekitar rumahnya di samping merangkap kawan baiknya. Ibu dan bapa Alim sangat gembira dengan sikap Alim yang suka berkongsi dengan rezeki yang ada. Setelah itu, Alim terus memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal di luar rumah. Setelah selesai makan, Alim telah menolong keluarganya mengemas rumah, semasa Alim sedang membuang sampah ke dalam tong sampah, dia telah terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Akhirnya, Mak Cik Timah telah mengucapkan ucapan terima kasih kepada Alim diatas pemberian buah-buahan tersebut.






Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment