Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk



Cerita nenek dan datuk ini telah mengisahkan seorang budak yang bernama Alim. Alim masih mempunyai kedua-dua orang nenek dan datuk di sebelah ibu dan bapanya yang menetap di tempat yang berlainan. Pada suatu hari, Alim dan keluarganya telah pulang ke kampung halaman nenek dan datuk sebelah ibunya yang menetap di Kajang. Alim berasa sangat gembira untuk pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan haiwan ternakan nenek dan datuknya iaitu ayam dan itik. Setelah tiba di kampung, tanpa menghiraukan keluarganya yang sedang sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta Alim terus berlari menuju ke reban sambil mencari ayam dan itik peliharaan nenek dan datuknya. Namun, perasaan gembira itu telah bertukar menjadi sedih dan marah apabila dia tidak menjumpai ayam dan itik yang disangkakan ada di dalam reban tersebut, lalu Alim terus menangis di tepi reban yang lama dan telah dipujuk oleh neneknya. Setelah itu, Alim telah dibawa oleh neneknya pergi ke reban yang baharu dibuat oleh datuknya dalam 50 meter terletak dari reban lama. Semasa berjalan menuju ke reban baharu pelbagai pertanyaan telah diajukan kepada neneknya kerana dia masih kelihatan keliru kenapa ayam dan itik tinggal di tempat yang baharu. Apabila dia nampak sekumpulan ayam dan itik, dia terus melihat tanpa mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelahnya. Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pula menuju masuk ke dalam rumah nenek dan datuknya. Alim bertambah keliru dan sedih apabila melihat perbezaan yang terdapat di dalam rumah nenek dan datuknya kerana dia telah menganggapkan bahawa rumah nenek dan datuknya sudah tiada. Selepas itu, nenek terus memujuk Alim lalu membawanya berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang keadaan rumah kepada Alim. Ibu dan bapa serta nenek dan datuknya berasa sedih apabila melihat kelakuan Alim yang beremosi pada hari tersebut kerana secara tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab. Walaubagaimana pun, mereka cuba untuk menolong Alim. Suasana di kampung ini telah membuatkan Alim sekeluarga menjadi lebih rapat kerana kelihatan Alim gembira bersama dengan abang dan kakak-kakaknya di hadapan televisyen serta Alim yang sudah tahu akan tempat baharu reban ayam dan itik haiwan ternakan nenek dan datuknya.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Teengganu: Universiti Malaysia Terengganu



No comments:

Post a Comment