Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Menulis Blog Dengan Baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan

Penulisan blog yang menarik bukan sahaja bergantung kepada isi, malah turut mementingkan tajuk blog tersebut. Pembaca akan lebih melihat pada tajuk penulisan blog tersebut sebelum membaca isi blog. Tajuk dan isi yang menarik sudah pasti akan menarik perhatian lebih ramai pembaca untuk menjelajahi blog tersebut. Penulis blog juga harus bijak menggunakan ayat yang sedap didengar dan turut memasukkan unsur yang berbentuk jenaka bagi menarik perhatian pembaca untuk membaca blog tersebut. Selain itu, penulis blog juga harus memastikan hujah yang ditulis dalam blog tersebut mampu menghuraikan penulisan yang terbaik. Tidak lupa juga penulis turut perlu mengaitkan penulisan blog dengan berita-berita terkini supaya menampakkan penulisan blog tersebut telah mengikut perkembangan semasa. Semua penulisan yang ditulis dalam blog perlulah menggunakan perkataan  dan struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami oleh pembaca, sekali gus penulis juga turut dapat berkomunikasi dengan pembaca. Seorang penulis blog yang baik juga turut memasukkan moral dan nilai-nila murni dalam penghasilan penulisan blog supaya dapat memberikan pengajaran dan dapat diteladani oleh pembaca. Cara terakhir penulisan blog yang baik adalah blog tersebut turut berilmu untuk penulisan pendidikan. Justeru itu, sebelum berkongsi pendapat atau pengetahuan penulis haruslah membaca dari sumber yang betul dan boleh dipercayai.

Rujukan

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment