Thursday, February 27, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerluakan mereka


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


Sinopsis


Setiap orang telah menginginkan sebuah keluarga yang bahagia, di mana telah mempunyai kedua ibu bapa dan adik beradik. Saya sebagai seorang anak, saya berasa sangat berpuas hati dan tenang apabila dapat menolong ibu dan bapa saya di rumah atau dimana-mana sahaja. Seperti hidup saya, saya berasa sangat seronok apabila dapat menjaga ibu dan bapa saya ketika mereka terlantar sakit di atas katil. Seperti ibu saya yang sedang mengidap penyakit lumpuh separuh badan di mana dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri, manakala ayah saya pula terlantar sakit akibat penyakit jantungnya. Oleh itu, saya sangat gembira kerana dapat membalas jasa budi mereka dengan menjaga kedua-dua orang tua saya yang selama ini telah bersusah oayah menjaga saya dari kecil sehinggalah besar. Saya amat menyayangi keseluruhan ahli keluarga saya, kami adik beradik sentiasa menjaga ibu dan bapa di samping kami telah mempraktikan segala tunjuk ajar yang telah diajarkan oleh mereka kepada kami seperti sentiasa menolong ibu bapa, bersikap tenang dalam menghadapi sesuatu ujian hidup dan sebagainya. Saya amat menyayangi keluarga saya kerana mereka sentiasa ada di kala susah dan duka saya selama ini, di mana saat saya memerlukan pertolongan mereka sentiasa ada di samping saya untuk membantu dan menolong saya. Oleh itu, saya amat bersyukur kerana telah memiliki sebuah keluarga yang bahagia.




No comments:

Post a Comment