Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG 






Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajaran kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.Graf 6.1 telah menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Bagi puisi, 66.7% iaitu seramai 20 responden lelaki dan 80% iaitu seramai responden wanita telah menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Keputusan juga telah menunjukkan kedua-dua responden lelaki dan wanita mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Responden juga telah menyatakan bahawa menulis puisi adalah berdasarkan emosi mereka terhadap seseorang. pandangan di atas telah memperlihatkan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas. Seterusnya, untuk cerpen pendek 86.7% iaitu seramai 26 responden lelaki dan 96.7% iaitu responden wanita telah menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis cerpen pendek. Keputusan menunjukkan bahawa responden wanita mempunyai peratusan yang tinggi berbanding responden lelaki. Namun, kedua-dua responden telah menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu melebihi 80%. Responden menyatakan bahawa mereka menulis cerpen bagi menambah baik kemahiran menulis. Responden juga turut menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahassa. Mereka juga dapat berimaginasi tentang apa yang mereka tulis dan ini menunjukkan imaginasi responden mampu meningkatkan motivasi mereka dan tahap keyakinan dala penulisan. Tambahan lagi, menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. 76.7% iaitu seramai 23 responden lelaki dan 93.3% iaitu seramai 28 responden wanita menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunkan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki yang mungkin menyumbang kepada fakta bahawa responden wanita kebih berminat berkongsi idea dan pandangan dalam menulis skrip. Responden turut menyatakan  bahawa menulis skrip menolong mereka berimaginasi seperti yang mereka tulis. Ini telah menunjukkan bahawa responden memperoleh keyakinan dengan menulis skrip menggunkan bahasa sasaran. Selain itu, pantun juga turut dinyatakan iaitu 66.7% adalah seramai 20 responden lelaki dan 86.7% iaitu seramai 26 responden wanita. Ini jelas menunjukkan bahawa responden wanita lebih ramai memilih pantun dalam penulisan blog. Ini adalah disebabkan oleh fakta bahawa responden lelaki didapati sukar untuk menulis. Responden wanita kelihatan lebih puas hati menulis pantun kerana mereka mengetahui cara untuk menulis pantun dua rangkap dengan baik. Mereka akan dilihat lebih yakin dalam kemahiran membaca dan menulis pantun dalam blog sendiri.





Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Graf 6.2 menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden. Bagi penulisan surat, 80% iaitu seramai 24 responden lelaki dan 83.3% iaitu seramai 25 responden wanita telah memilih sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog. Peratusan ini menunjukkan wanita lebih tinggi daripada lelaki kerana wanita suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Lelaki tidak suka menulis surat kerana lelaki mungkin tidak suka menulis mereka lebih suka bercakap secara bersemuka dengan seseorang. Responden menyatakan bahawa dengan menulis surat ia membantu meningkatkan keyakinan mereka. Responden wanita menyatakan surat yang romantik yang diberikan kepada orang lain atau untuk diri mereka menarik untuk dibaca kerana ia penuh dengan perasaan. Menulis di dalam blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan, 66.7% iaitu seramai 20 responden lelaki dan 100% iaitu seramai 30 responden wanita telah menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Peratusan responden wanita lebih tinggi daripada lelaki kerana wanita lebih bersifat sentimental. Manakala bagi responden lelaki pula tidak berminat meluahkan perasaan di dalam blog kerana ini mungkin akan memalukan diri sendiri. Responden juga menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan hari ke hari. Secara keseluruhannya, boleh dilihat bahawa responden memperoleh keyakinan melalui penulisan surat. Menulis teka-teki pula adalah 93.35% iaitu seramai 28 responden lelaki dan 96.7% iaitu seramai 29 responden wanita menyatakan bahawa menulis teka-teki adalah satu kaedah uang disukai oleh mereka. Ini menunjukkan peratusan kedua-duanya hampir sama. Ini juga membantu meningkatkan motivasi mereka untuk responden menulis lebih lagi teka-teki di dalam bahasa sasaran. Oleh itu, teka-teki memotivasikan mereka untuk mencipta dan mencari jawapan yang betul.




Graf 6.3 boleh dinyatakan bahawa penulis blog membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi. Responden teruja dengan memasukkan video, audio dan gambar ke dalam blog. Mereka menyatakan bahawa teknologi telah memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita telah menyatakan dengan memasukkan video dalam blog akan memberikan kepuasan kepada mereka. Respon juga tuut menyatakan bahawa muzik video yang mereka pilih adalah sesuai dan berkaitan dengan cerita yang mereka tulis . Responden juga suka meletakkan klip video berkenaan cerpen pendek atau dokumentari dalam blog. Ini menunjukkan bahawa video yang dipilih merupakan kegemaran mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan kedua-dua responden adalah sama iaitu sebanyak 100% . Ini menunjukkan mereka berminat dengan audio kerana kesemua blog telah mengandungi lagu kegemaran. Kesemua responden telah mempunyai sekurangnya 10 lagu dalam senarai main lagu. Ini menunjukan audio juga adalah ciri-ciri yang penting dimasukkan dalam blog. Bagi gambar pula, 93% iaitu seramai 28 responden lelaki dan 100% iaitu seramai responden wanita menyatakan bahawa  meletakkan gambar di blog boleh meyiapkan hantaran. Peratusan wanita lebih tinggi dari lelaki kerana wanita suka menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan mauk ke dalam blog. Pernyataan ini menunjukkan bahawa blog yang ada gambar akan menjadi menarik. Mereka juga memperoleh keyakinan apabila blog mereka dibaca oleh rakan-rakan. 


Rujukan:

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial.  Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment