Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: NOTA ASAS GRAFIK

NOTA ASAS GRAFIK 






Menurut Normaliza abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting untuk diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta sahaja bahan yang mengandungi grafik. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam penyampaian mesej yang berbentuk grafik. Asas grafik telah terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.


1. Mudah
Mudah telah didefinisikan sebagai apabila seseorang itu melihat sesuatu gambar atau video, mereka akan dapat fahami dengan mudah terhadap gambar yang terdapat dalam bentuk foto ataupun video. Malah, segala mesej yang ingin disampaikan juga dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan.

2. Warna
Warna dapat didefinisikan sebagai kombinasi warna yang terdapat dalam sesuatu gambar atau video. Warna pada grafik yang telah digunakan mestilah tidak melebihi daripada tiga warna. Hal ini kerana, supaya tona warna pada grafik tersebut kelihatan lebih menarik.

3. Teks
Teks telah merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam grafik. Bagi menghasilkan grafik yang terdapat penulsan teks, kandungan dalam teks perlulah diambil kira bgai tujuan pemahaman terhadap grafik tersebut. Pemilihan warna yang terdapat dalam font juga perlu diambil kira agar mesej dapat disampaikan dengan baik.

4. Kesesuaian
Kesesuaian telah didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar. Latar telah terbahagi kepada beberapa iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam sesuatu gambar ataupun video. Setiap latar perlulah bersesuaian antara satu sama lain.

5. Keseimbangan
Keseimbangan telah merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang telah dimaksudkan ialah ruangan kiri dan kanan serta ruangan atas dan bawah pada setiap grafik yang telah diambil. Setiap ruangan yang terdapat dalam sesuatu grafik atau video itu hendaklah mempunyai keseimbangan yang sama.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment