Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)




Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topk/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis ole vanDijk (1977)


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis vandijk, 1977 membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka sesuatu teks seperti pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Akhir sekali, struktur mikro memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Rujukan;

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikai Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment