Wednesday, March 18, 2020

BBM3410Satu2020: TWITTER DAN TREND TERKINI

MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN


BAHAGIAN B


PENGENALAN


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa menulis. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabla orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                     
                                                                                        (Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

                                                                                 (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Huraian

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), terdapat impak besar apabila seseorang pelajar itu mula menulis atau membuat penulisan. Pelajar akan mendapat lebih banyak infomasi yang boleh dikngsikan kepada orang ramai. Tetapi terdapat juga cabaran sebagai seorang individu yang kurang keyakinan dan bersikap negatif apabila orang ramai membaca penulisannya. Ini membuatkan pelajar mula rasa berat untuk menulis kerana bimbang akan diperkatakan oleh orang ramai. Pada zaman milenial ini, warganet atau netizen dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam penggunaan media sosial. Sekiranya berlku salah faham, mereka akan mula memperkatakan seseorang itu sehingga mereka berasa malu. Golongan seperti inilah yang membuatkan seseorang takut untuk menulis dan menyampaikan idea mereka.

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017), pelajar lebih fokus kepada proses pembelajaran bahasa kerana ia dapat memantapkan lagi penulisan mereka. Hal ini kerana, dengan menggunakan bahasa yang mantap, sesebuah penulian dapat disampaikan dengan penuh kreativiti dan mampu menarik perhatian pembaca supaya dapat mengelakkan kebosanan dalam sesebuah penulisan. Dengan ini, penulisan seseorang pelajar itu akan kelihatan lebih menarik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pembaca yang dapat membuatkan penulis dan pembaca merasa dekat.






Rujukan:

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019). EH!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment