Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA SAYA


KELUARGA SAYA 








Gambar diatas merupakan ahli keluarga saya. Saya memiliki empat orang adk-beradik dan saya merupakan anak bongsu dalam ahli keluarga. Saya memili seorang kakak yang kini berumur 31 tahun dan dua orang abang yang berumur 30 dan 27 tahun. Kami berempat telah dilahirkan di negeri yang berbeza kerana sebelum kami menetap di Kuala Rompin, Pahang, ibu dan ayah saya menetap di Batu Pahat, Johor. Oleh itu, kakak dan abang sulung saya telah dilahirkan di negeri Johor manakala saya dan abang kedua pula telah dilahirkan Kuala Rompin, Pahang. Kini, kami sekeluarga telah menetap di Kuala Rompin, Pahang. Hal ini kerana, ayah saya telah bertukar tempat kerja di Pahang. Kami sekeluarga telah bermaustatin di Kuala Rompin, Pahang adalah selama 27 tahun. Ayah saya merupakan seorang pemandu lori manakala ibu saya pula seorang suri rumah sahaja. Kami berempat telah memperoleh pendidikan di sekitar Daerah Rompin sahaja. Kini, kesemua adik beradik saya telah pun berkahwin dan kesemuannya telah menetap di Kuala Rompin disebabkan memiliki pekerjaan di tempat tersebut. Pada tahun 2017, ibu saya telah diserang oleh penyakit lumpuh separuh badan di sebelah kiri yang telah menyebabkan ibu saya tidak dapat menguruskan dirinya sendiri. Kami sekeluarga hanya merawat ibu di rumah sahaja, di mana ayah saya telah mendapatkan rawatan hospital dan rawatan tradisional mengurut untuk ke rumah bagi menyembuhkan penyakit ibu supaya kembali seperti sedia kala. Ketika ini, saya sedang menunggu keputusan SPM dan telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Pahang, namun disebabkan adik beradik yang kini sedang sibuk bekerja sehingga agak sukar untuk menguruskan keadaan ibu yang telah lumpuh. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pelajaran saya dalam bidang sains supaya dapat memberi peluang kepada kakak dan abang-abang saya meneruskan kerjaya mereka. Jadinya, saya hanya melanjutkan pelajaran di peringkat STPM sahaja. Pada tahun 2018 pula, kami sekeluarga telah meratapi pemergian ayah saya yang tanpa sedar telah diserang penyakit jantung. Jadi inilah serba sedikit perkongsian tentang keluarga kecil saya. 

No comments:

Post a Comment